Ahli Jawatankuasa lawatan SK Kampung Senta telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang dari 29 Mei 2015 hingga 30 Mei 2015. Program lawatan yang julung kali diadakan ini, bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid sekolah ini yang sebelum ini belum pernah menikmat pengalaman tersebut. Rata-rata murid yang menyertai program lawatan ini berasa gembira dan berhasrat untuk mengikutinya sekali lagi. Program lawatan ini telah mendapat tajaan Datuk Seri Ong Ka Chuan, ahli parlimen Tanjong Malim.
![foto 1]()
![foto 2]()
![foto 3]()
35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015
Khamis, 6 November 2014
Isnin, 26 Mei 2014
Seramai 10 orang murid SKKS telah berpeluang menyertai Program Memperkasakan Kecemerlangan Pendidikan Orang Asli Perak Tahun 2014. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Mei 2014 tersebut telah diadakan di SMK Seri Tapah, Perak. Pada hari ini 26 Mei 2014 telah diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid SKKS yang turut serta dalam program tersebut. Sijil telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKKS.

Ahad, 25 Mei 2014
Unit Kokurikulum SK Kampung Senta dan SK Pos Gedong telah mengadakan Perkhemahan Kokurikulum pada 24 dan 25 Mei 2014. Perkhemahan Kokurikulum yang menggabungkan murid-murid Tahap 2 bagi kedua sekolah telah diadakan di SK Kampung Senta. Pelbagai aktiviti telah dimuatkan dalam program yang berjalan selama 2 hari tersebut. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah keselamatan di air, aktiviti burung hantu, memasak, 'flying fox' dan beberapa aktiviti pertandingan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut mendapat bantuan dan kerjasama dari pihak Pusat Kokurikulum Batang Padang.

Jumaat, 16 Mei 2014
16 Mei (Kampung Senta) - Pihak SK Kampung Senta pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis yang berlangsung di dewan SKKSB dimulakan pada jam 8.00 pagi. Sambutan yang disambut secara sederhana telah dihadiri oleh Penghulu Sekolah iaitu Encik Mohammad Khairi Azhar bin Ayub, Tok Batin Kampung Senta, Encik Bah Kanah bin Bah Ngah, Encik Uda dan barisan AJK PIBG serta ibu bapa murid SK Kampung Senta.
Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan sempena hari guru dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pegawai PPD Daerah Batang Padang. Encik Bah Kanah yang merupakan Tok Batin, turut menyampaikan rasa amat berterima kasih kepada guru-guru SKKSB yang sanggup mencurahkan jasa ke Kampung Senta. Encik Bah Uda yang mewakili PIBG SKKSB juga merakam rasa terima kasih dan mengucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru di SKKSB.
Nyanyian murid "Terima Kasih Cikgu" oleh murid-murid SKKSB telah menggemakan suasana dewan dan sambutan hari guru kali ini. Diikuti selepas itu nyanyian "Guru Malaysia" dan Ikrar Hari Guru oleh para guru sekolah ini, yang diketuai oleh Tuan Guru Besar SKKSB.
Majlis turut diserikan dengan persembahan murid dan pemberian hadiah dan cenderahati oleh guru besar dan murid-murid. Turut memberi hadiah kepada guru-guru SKKSB ialah penduduk kampung yang amat berterima kasih kepada guru-guru SKKSB.
Pada kemuncak sambutan kali ini, murid-murid dan guru-guru serta kakitangan SKKSB telah menandatangani kain rentang hari guru. Majlis kali ini juga turut disertai oleh 2 pegawai mewakili Bank Rakyat cawangan Tapah.

Rabu, 7 Mei 2014
6 Mei - Hari ini telah berlangsung penyampaian elaun ganti pendapatan untuk peserta kelas KEDAP 2014. Elaun kali pertama ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKKSB, Encik Othman bin Md Ali. Majlis dijalankan pada jam 2.00 petang tersebut diadakan di kantin sekolah.
Pembayaran elaun tersebut adalah berdasarkan kehadiran para peserta ke kelas KEDAP tersebut. Kebanyakan peserta telah menerima bayaran penuh elaun tersebut. Para peserta turut meluahkan rasa gembira dengan penerimaan elaun tersebut.
.JPG)
Peserta KEDAP menurunkan cop jari sebelum menerima elaun
.JPG)
Tuan Guru Besar SKKSB meluangkan masa menyampaikan elaun kepada peserta KEDAP
.JPG)
Penerimaan elaun dapat membantu sedikit perbelanjaan keluarga
.JPG)
Keceriaan jelas terpancar di wajah Penyelaras Program
.JPG)
Pengesahan penerimaan elaun dilakukan oleh salah seorang peserta lelaki

Selasa, 15 April 2014
Selasa, 8 April 2014
Penyampaian hadiah oleh Puan Noor, GK Hal Ehwal Murid SKKS

Penyampaian hadiah oleh Encik Mohd Mahathir, GK Kokurikulum SKKS

Penyampaian hadiah oleh Cik Ajyah
Penyampaian hadiah oleh Cik Ajyah