-->
35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan

Jumaat, 16 Mei 2014

Kiriman Budak Trolak pada | 11:00 PG Tiada Komen
16 Mei (Kampung Senta) - Pihak SK Kampung Senta pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis yang berlangsung di dewan SKKSB dimulakan pada jam 8.00 pagi. Sambutan yang disambut secara sederhana telah dihadiri oleh Penghulu Sekolah iaitu Encik Mohammad Khairi Azhar bin Ayub, Tok Batin Kampung Senta, Encik Bah Kanah bin Bah Ngah, Encik Uda dan barisan AJK PIBG serta ibu bapa murid SK Kampung Senta.

Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan sempena hari guru dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pegawai PPD Daerah Batang Padang. Encik Bah Kanah yang merupakan Tok Batin, turut menyampaikan rasa amat berterima kasih kepada guru-guru SKKSB yang sanggup mencurahkan jasa ke Kampung Senta. Encik Bah Uda yang mewakili PIBG SKKSB juga merakam rasa terima kasih dan mengucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru di SKKSB.

Nyanyian murid "Terima Kasih Cikgu" oleh murid-murid SKKSB telah menggemakan suasana dewan dan sambutan hari guru kali ini. Diikuti selepas itu nyanyian "Guru Malaysia" dan Ikrar Hari Guru oleh para guru sekolah ini, yang diketuai oleh Tuan Guru Besar SKKSB.

Majlis turut diserikan dengan persembahan murid dan pemberian hadiah dan cenderahati oleh guru besar dan murid-murid. Turut memberi hadiah kepada guru-guru SKKSB ialah penduduk kampung yang amat berterima kasih kepada guru-guru SKKSB.

Pada kemuncak sambutan kali ini, murid-murid dan guru-guru serta kakitangan SKKSB telah menandatangani kain rentang hari guru. Majlis kali ini juga turut disertai oleh 2 pegawai mewakili Bank Rakyat cawangan Tapah.



























0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi respon untuk artikel ini... Respon anda amat bermakna bagi kami.

Kunjungi lagi laman blog kami lagi di lain masa.

Carian

Bookmark Us

Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter