-->
35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan

Alhamdulillah, dengan rasa syukur kepada Allah, maka kini Sekolah Kebangsaan Kampung Senta atau SKKSB telah tersedia dalam persada dunia siber. Sesungguhnya ini adalah antara titik tolak dalam meneruskan langkah SKKSB ini untuk turut bersaing dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Untuk pengetahuan semua, SKKSB ini merupakan sebuah sekolah rendah murid orang asli yang terdapat di negara ini. Sekolah yang terletak dalam mukim Bidor dan daerah Batang Padang ini telah dibuka secara rasminya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001.

Oleh kerana sepenuhnya murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak dalam perkampungan orang asli pedalaman, maka pihak sekolah ketika ini sedang berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan sekolah ini sebagaimana sekolah-sekolah rendah lain di seluruh negara.

Sebagaimana sekolah kebangsaan yang lain, sekolah ini juga memupuk nilai-nilai pendidikan kepada anak tempatan di sini dalam 3 aspek utama iaitu kurikulum, sahsiah dan rohani serta kokurikulum dan sukan.

Kewujudan laman ini juga adalah antara usaha serba sedikit untuk memperkenalkan sekolah ini dan seterusnya terdapat pihak luar yang turut bersedia untuk membantu sekolah ini untuk terus maju dalam dunia pendidikan.

Semoga dengan adanya laman ini, SKKSB akan dapat dikenali oleh dunia luar, khususnya dunia pendidikan di Malaysia.

Sekian, terima kasih.


Encik Othman bin Md Ali, PJK
Guru Besar

Carian

Bookmark Us

Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter