KEDAP bermaksud Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi. Program KEDAP merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang melibatkan sekolah 100% terdiri daripada murid Orang Asli dan Penan serta Pribumi. Program KEDAP mula dilaksanakan pada tahun 2008 secara berperingkat. Program KEDAP dilaksanakan dengan objektif :-
Program KEDAP mula dilaksanakan di SK Kampung Senta pada tahun 2009. Pelajar-pelajar KEDAP adalah terdiri daripada ibu bapa murid Orang Asli SK Kampung Senta yang buta huruf dan tidak menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tenaga pengajar KEDAP juga terdiri daripada guru-guru SK Kampung Senta iaitu seramai empat orang. Guru-guru KEDAP menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kurikulum dan modul yang telah disediakan. Program KEDAP dilaksanakan pada waktu petang selepas tamat urusan persekolahan harian.
Pelaksanaan program KEDAP ini juga dapat membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta dapat menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dapat memberi motivasi dan dorongan kepada anak-anak mereka supaya dapat meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu, mereka juga dapat membantu anak-anak mereka meningkatkan pencapaian akademik, mengurangkan kadar keciciran dan masalah ponteng sekolah dikalangan murid-murid Orang Asli dan Pribumi.
Program KEDAP SKKS pada tahun ini bermula pada 1 April 2014. Program yang akan berlangsung sehingga akhir Oktober 2014 ini dihadiri seramai 30 orang peserta. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2014 ini, memuatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik sebagai mata pelajaran utama, manakala Bahasa Inggeris serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan mata pelajaran sampingan.
Sumber: http://senahshadat.blogspot.com/p/blog-page_7.html
- mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Pribumi
- membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan
- membantu anak-anak meningkatkan pencapaian akademik
- menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah keciciran dan ponteng sekolah
Program KEDAP mula dilaksanakan di SK Kampung Senta pada tahun 2009. Pelajar-pelajar KEDAP adalah terdiri daripada ibu bapa murid Orang Asli SK Kampung Senta yang buta huruf dan tidak menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tenaga pengajar KEDAP juga terdiri daripada guru-guru SK Kampung Senta iaitu seramai empat orang. Guru-guru KEDAP menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kurikulum dan modul yang telah disediakan. Program KEDAP dilaksanakan pada waktu petang selepas tamat urusan persekolahan harian.
Pelaksanaan program KEDAP ini juga dapat membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta dapat menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dapat memberi motivasi dan dorongan kepada anak-anak mereka supaya dapat meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu, mereka juga dapat membantu anak-anak mereka meningkatkan pencapaian akademik, mengurangkan kadar keciciran dan masalah ponteng sekolah dikalangan murid-murid Orang Asli dan Pribumi.
Program KEDAP SKKS pada tahun ini bermula pada 1 April 2014. Program yang akan berlangsung sehingga akhir Oktober 2014 ini dihadiri seramai 30 orang peserta. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2014 ini, memuatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik sebagai mata pelajaran utama, manakala Bahasa Inggeris serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan mata pelajaran sampingan.
Sumber: http://senahshadat.blogspot.com/p/blog-page_7.html
0 ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi respon untuk artikel ini... Respon anda amat bermakna bagi kami.
Kunjungi lagi laman blog kami lagi di lain masa.