-->
35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan

Ahad, 4 Oktober 2009

Kiriman Budak Trolak pada , | 11:45 PG Tiada Komen
BIDOR – Hampir 200 penduduk di sekitar Kampung Senta dekat sini hadir bersama-sama kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Senta bagi menjayakan program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) semalam.

Pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan penduduk kampung dan pelajar yang kebanyakannya merupakan golongan masyarakat Orang Asli dalam usaha mengetengahkan kebudayaan masyarakat berkenaan.

Guru Besar SK Senta, Othman Mat Ali berkata, program RIMUP yang dijalankan ini bertujuan untuk membentuk perpaduan di kalangan pelajar terutamanya melibatkan pelajar dari masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena prog-ram ini yang sudah dimulakan sehari sebelumnya dengan penglibatan penduduk setempat dalam meraikan hari raya Aidilfitri.

“Masyarakat Orang Asli di sini menunjukkan semangat perpaduan yang amat baik kerana sanggup bersama-sama kakitangan sekolah ini dalam bergotong-royong menyediakan 100 batang lemang sempena menyambut Aidilfitri.

“Di samping menyambut Aidilfitri, kita juga menjalankan pesta kebudayaan masyarakat Asli ini dengan mengetengahkan budaya mereka kepada kakitangan sekolah dan masyarakat luar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Othman berkata, turut memeriahkan sambutan ialah kehadiran pelajar dan guru daripada SK Pos Gedung yang merupakan sekolah bagi masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, pameran alatan-alatan yang digunakan masyarakat asli juga turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat luar yang hadir.

“Pameran alatan yang digunakan oleh masyarakat asli ini seperti dalam bidang perubatan, pemburuan dan pertanian mampu memberi maklumat kepada masyarakat luar dan pelajar daripada masyarakat Orang Asli ini turut menyanyikan lagu raya.

“Namun apa yang membanggakan ialah kehadiran penduduk berhampiran yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam memeriahkan lagi sambutan majlis RIMUP dan Aidilfitri kali ini,” katanya.

Sinar Harian: 3 Oktober 2009


Sumber: http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/10/rimup-dedah-budaya-orang-asli.html


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi respon untuk artikel ini... Respon anda amat bermakna bagi kami.

Kunjungi lagi laman blog kami lagi di lain masa.

Carian

Bookmark Us

Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter